Bajet 2023 Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyaksikan peningkatan 13.54 peratus, iaitu sebanyak RM1.4 bilion berbanding tahun 2022 sebanyak RM1.2 bilion. <br />Pengerusinya, Tan Sri Mohd Daud Bakar berkata, peningkatan itu susulan anggaran pendapatan zakat MAIWP bagi tahun depan meningkat sebanyak 15.7 peratus berbanding tahun 2022, berjumlah RM1.11 bilion.